Saturday 9 July 2011

bila BERSIH bersuara



Hari ini saya berdiri sebagai rakyat biasa yang cuba memahami situasi apa yang berlaku hari ini.
Sepanjang hari saya hanya memerhati dan mengikuti perkembangan melalui media-media massa. Stesyen tv kita nampaknya berfungsi dengan baik tapi adakah itu yang sebenar-benarnya hakikat yang nyata dan hakiki. Terpulang kepada kita untuk menilainya.
Sebelum itu, apapun berita yang anda dengar, gunalah otak untuk menapis setiap kata dan sumber yang diperolehi. Walaupun ada diantara Media yang bertunjangkan kepada neraca pertimbangan dari dua sudut pandangan. Tapi terbela ka siapa yang teraniaya itu.?

Kembali kepada topic utama, mari kita berkenalan dengan pihak-pihak yang terbabit sebelum kita melihat lebih jauh masalah yang melanda.
1.0 PIHAK PERTAMA (PEMERINTAH)
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan  Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
1.       Yang di –pertuan agong
2.       Dewan Negara
3.       Dewan rakyat
Seperti apa yang kita belajar dalam subjek sejarah dulu, rakyatlah yang menentukan perwakilan ini. Rakyatlah yang bertanggungjawab dalam menentukan sistem pemerintahan kita. Jadi anda sebagai pengundi dimanakah tangungjawab anda dalam menyumbang kearah sistem pemerintahan negara kita?
Kembali mengenal negara kita, semua ini bersangkut paut dengan rukun negara, apa dia rukun negara?
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia untuk mencapai perpaduan dan keharmonian dimana kemakmuran dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Ia telah dibentuk pada 31 OGOS 1970 oleh Majlis Gerakkan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 MEI 1969, yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Lihat pada Rukun Negara yang ke-4 iaitu keluhuran perlembagaan. Apakah dia keluhuran perlembagaan?
Melalui pehaman saya, keluhuran perlembagaan bermaksud suatu undang-undang yang telah digubal, rakyat kena menerima,mematuhi dan mempertahankan kerana undang-undang ini digubal berdasarkan kesepakatan semua kaum dan pihak. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Jelas semua. Atas dasar-dasar inilah pemerintahan kita hari ini cuba sedaya upaya menghalang BERSIH ini tadi, untuk mengugat kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. Dan mungkin ada beribu lagi sebab yang terang lagi terselindung yang menyebabkan pemerintah kita cuba menghalang demonstrasi ini.  
2.0 PIHAK KEDUA (BERSIH)
BERSIH adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malah jawatan kuasa juga bebas daripada penglibatan ahli politik.
2.1          APA TUJUAN UTAMA BERSIH NI?
Tujuan UTAMA adalah untuk menuntut pilihanraya yang BERSIH di Malaysia.
1.       Pengunaan Dakwat Kekal
2.       Pembersihan Daftar Pemilih
3.       Pemansuhan Undi Pos
4.       Akses kepada Media
2.2          JAWATAN KUASA TERDIRI DARIPADA;
Melayu:  DR Farouk Musa, Haris Ibrahim, Maria Chin Abdullah, Zahid Kamaruddin
India:    Dato Ambiga Sreenevasan (PENGERUSI), Arumugam, Dr. Subramaniam Pilay , Arul    prakkash
Cina:      Andrew Khoo, Liau Kok Fah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr wong Chin Huat, Dr Yeo Yang Poh
2.3          TUJUAN REFORMASI:
- Mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, agar kerajaan mendengar suara rakyat.
- Menuntut kebebesan untuk bersuara, itu lebih jelas pada pandangan saya.

3.0 PATRIOT
Tujuan dan matlamat tidak di fahami. Apa yang saya faham patriot yang di ketuai oleh pemuda UMNO khairy , melalui kata-katanya:
"Ini adalah hak kita untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan’.
Saya hanya dapat menafsirkan bahaya patriot juga inginkan suara mereka di dengar. Walau apapun matlamat mereka. Kerana tiada sebab munasabab mereka turun membuat reformasi melainkan jika ada dalang2 yang mahu menunjukkan kononnya UMNO juga prihatin.


4.0          ULASAN
Negara demokarasi membenarkan rakyat untuk bersuara melalui pilihan raya yang di buat. Tapi masalahnya disini terdapat satu golongan yang mengelar diri mereka BERSIH masih mahukan pembaharuan di dalam system pilihanraya yang dijalankan selama ini.
System pilihanraya kita tidak telus ka?
Apa perlukan pembersihan daripada kekotoran yang ada di dalamnya ka?
Atau sememangnya agenda politik  kotor ka yang berselindung di sebalik nama BERSIH?

SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI, SAYA TIDAK BERADA DIMANA-MANA PIHAK. DAN HANYA BERSUARA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.

Ketika BERSIH mengadakan perhimpunan ada kesan baik dan buruknya. Setiap sesuatu pasti ada hikmah.
Seperti apa yang kita dengar dan baca, terlalu banyaklah kesan buruk pada perhimpunan tersebut. Peniaga rugi berjuta-juta, jalan raya jem-roti, mempamerkan situasi buruk Negara ke mata dunia. Membawa kesan buruk kepada pelancongan negara, ekonomi, dan social.
Inilah kesan daripada apa yang kita lihat, tapi pada pandangan saya, kesan ini hanya sementara berbanding kesannya yang akan kita rasai sampai ke penghujung pemerintahan.
Takkan lah ekonomi terus jatuh merundum gara-gara hal ini, tak logic langsung. Jadi apa gunanya pakar ekonomi-ekonomi yang dilantik itu. Pelancong takut nak datang, fikir-fikirlah Bali yang pernah berlakunya pertumpahan darah pun masih kekal sebagai tempat pelancongan.
Apa faedah di sebalik demontrasi ini? Kenapa guna jalan yang salah untuk mendapat perhatian daripada pemerintah. Kenapa tak serahkan saja memorandum kepada yang berhak mendengar?
Saya merasakan jika tidak ada golongan yang terus menyedarkan dan menegur maka akan lambat lagilah kesedaran itu timbul. Mungkin kesedaran itu sudah ada, dalam dalam proses kearah itu, tapi tindakan yang lambat itu menyebabkan rakyat tidak bisa menunggu.
Jadi dengan cara demonstrasi ini, tindakbalas terhadap tujuan dan matlamat mereka akan lebih cepat sampai dan diproses agar kesedaran itu tidak hanya tingal kesedaran.
Kesan ini lah yang penting. Rakyat kita mahukan kepada kebebasan untuk bersuara.
Ingatkah anda kepada Hero Negara kita, yang dulu lantang bersuara, kita sebagai rakyat bersyukur kerana dengan kelantangan orang ini bersuara, banyak suara-suara rakyat yang ceepattt saja mendapat perhatian. ORANG-ORANG  pun takut nak buat dosa. Malu beb!!!! Jika dulu Buat kerja “bagai melepas batuk ditangga” . Tapi dengan suara itu,  “ nak melepas kentut ditangga” pun dah tak sempat.
Tapi malangnya suara ini sudah semakin sepi. Kabarnya suara ini asyik menimbulkan ketakutan jadi suara ini patut di senyapkan perlahan-demi perlahan.
Siapa yang tidak kenal pada rakyat biasa yang berlidah tajam. Bekas seorang guru yang kini seorang wartawan yang kian menyepi. 
Kenapa kerajaan perlu menyekat kepada kebebasan untuk bersuara. Alasan utama, untuk menyekat kebebasan bersuara ini adalah bagi menghalang perpecahan kaum. Itu saja tujuan utama yang dapat saya simpulkan. Selebihnya anda boleh fikirkan sendiri. Kerana sudah lama, terdapat kaum-kaum yang suara mereka tidak di endahkan, jadi dengan kebebasan bersuara pasti saja akan membawa kepada perselisihan di antara kaum.
Sebagai contoh:
Ali;         saya dapat masuk university awam, walau result saya cukup-cukup saja.
Amin;    wah saya dapat projek lagilah.
Ah chong:            apa punya kerajaan arr…. Anak saya punya bagus result tapi tarak dapat biasiswa sambung belajar ohhh…..
Arumugam;        saya anak banyak, tidak satu pun kerja government.

Nampak di sini, kita jangan menafikan situasi ini. Sebab itu kerajaan tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan dijalankan. Jika terdapat satu-satu kaum yang dibenarkan membuat tunjuk perasaan pasti akan ada banyak lagi pertunjukan demi pertunjukan akan terus dan menerus diperjuangkan.

Jika kita kaji pengasas dan krew-krew BERSIH tersebut, pengasasnya orang india. Ahli jawatan kuasa terdiri daripada 1 malaysia 3 kaum. Tapi kebanyakan yang turun membuat demonstrasi adalah orang-orang melayu.
Katanya BERSIH ini bebas dan tidak tertakhluk pada mana-mana parti politik.
Kerana matlamatnnya adalah untuk pilihanraya yang adil dan bersih daripada kekotoran tangan-tangan manusia oleh mainan wang ringgit serta dipengaruhi oleh politik yang berkuasa.
Tapi kenapa BERSIH dimonopoli org2 parti politik? – bukankah dia juga seorang ketua yang lantang bersuara di dalam dunia politilk.
Dan tiba-tiba ada juga wujud watak PATROIT yang turut serta menyertai demonstrasi ini, apa matlamatnya….. ?????
PATROIT _____BERSIH_____PERKASA

Kenapa orang2 politik ini harus masuk campur mengotori permaidani yang BERSIH.
Jawabannya mudah dan terang memang semua pihak melihat kelemahan pada system pilihan raya, dan semua berfikiran perlunya satu alternative baru untuk menambahbaikpulih dalam system tersebut. Semua ini memerlukan SUARA yang perlu didengar.!!!
Atau sebenarnya, rakyat Malaysia dahagakan satu pucuk pimpinan yang baru?
Terpulang kepada undian anda kelak……..

Tapi saya masih tertanya-tanya kenapa pengasasnya 1M3K, tapi kebanyakan yang turun adalah orang melayu?
Mungkin ada yang berfikir tak kisahlah siapa pengasasnya yang penting tujuan dan matlamat tercapai.
Pernahkah terfikir jika ahli-ahli dalam jawatankuasa ini mempunyai agenda tersendiri.
-          Salah-satunya untuk mengapikan satu golongan orang melayu itu agar bangun menentang orang melayu yang satu lagi agar mereka terlalai.
-          Adakah ini bukti kepada perpaduan
-          Atau agama ker?- abis apasal ada semacam suara2 pelik saja semasa demo.
-          Atau Mewujudkan rasa benci diantara satu sama lain. Atau,
-          Agar ada golongan-golongan yang lainnya yang biasa mengambil kesempatan diatas perbalahan itu.
-          Atau memang semulajadinya orang melayu itu ikut saja tanpa jelas pada matlamat.
Yer saya fikir mungkin juga ada golongan yang turun membuat demonstrasi dikala itu, tidak tahu dan jelas akan matlamat kenapa mereka harus membuat demonstrasi itu. Ikut sajalah… orang sibuk memperkatakan itu-ini (kat FB), mungkin kalau kita ikut berarak dapat masuk tv. Atau dapat pengalaman yang menyeronokan di kejar polis.
Tapi kenapa,  ada juga budak-budak kecil yang turun. Siapa budak kecil? Diakah yang turun mengundi? Kenapa yang turun juga mempamerkan beberapa aksi yang tak sepatutnya. Ya mungkin juga remaja yang bermasalah yang turun untuk membuat masalah. Maklumlah isu sensasi ini tersebar meleluasa seluruh alam melalui FB. Golongan mana yang lebih banyak terdedah kepada kehangatan ini. Mungkin juga ada yang turun just nak ambik gambar semember-member sebagai kenangan, ble lah letak kat FB.
Mungkin ada yang berkata, tak kisahlah siapa yang turun, kecil atau besar tetap jugak rakyat. Yang penting tujuan dan matlamat tercapai.
 Mungkin di sini, memberi pengajaran kepada mana-mana pihak kelak jika ingin membuat demonstrasi agar memilih dikalangan rakyat yang tahu akan  matlamat perjuangan, bukan turun semata-mata untuk berseronok.
Kerana ia akan mengukir tangapan yang buruk dimata masyarakat.

5.0 KESIMPULAN
Apapun suara dihati dan diminda anda, jangan sesekali membawa kepada kehancuran Negara kita.
Berfikirlah, suara siapa sebenarnya yang kita perjuangakan? Untuk siapa suara itu? Dan dimanakah akhirnya suara itu?
Katakan pada saya, Negara mana di zaman ini yang masih mengamalkan politik yang Bersih dari kekotoran. Sll orang angapan umum tentang politik ialah “Semua politik itu KOTOR”.
saya tidak akan membantah jika, anda kata, anda berjuang demi Jalan Allah, menegakkan agama, Alhamdulillah, semoga Allah akan mendengar perjuangan dan doa kita. tapi jika anda fikir dengan ini dapat membersihkan "DEMOKRASI" - saya rasa, ini adalah kerja gila, kerana anda pun tahu selamanya ia tetap akan DEMOKOTOR.
Parti mana yang Bersih anda rasa? Pastikah anda dengan kebersihannya?
Kerajaan yang ada hanya perlu bersihkan dirinya, tak perlu kita saling tumbang-menumbang antara satu sama lain. Kalau kita lihat kelemahan yang nyata, kita suarakan dengan cara yang betul. Dewan rakyat dan dewan Negara, kitalah juga yang menentukannya. Disanalah lah pentas jika mahu terus bersuara.
Jika hari ini, beratnya menjadi khalifah memimpin diri sendiri, apatah lagi memimpin keluarga. Tapi pernahkah kita terfikir lagi berat jika menjadi KETUA AGAMA NEGARA. Jika tidak mampu menangungnya jadi apa harus diperkata jika tiba hari dimana soalan kepada tanggjawab memikul amanah KETUA AGAMA itu dipersoalkan?
Jika kita Tanya empunya badan hendak ker dia memikul semua tugasan tersebut? ANDA pulak mahu dan mampu ker memikulnya?
Berat bukan tangangjawab tersebut, jadi saya rasa setiap apa yang dilakukan dan diputuskan pasti ada sebab musababnya. Sesuai dengan amanah yang dipertangjawabkan sebagai KETUA AGAMA. Dan kita patut terus menghormatinya selagi dia masih mengamalkan SOLAT. Soal urusan dan kelakuan peribadinya biarlah dia berurusan dengan MAHA MENGHITUNG kelak. Tugas kita adalah terus membantu kearah apa yang sepatutnya untuk mencapai keamanan.

Kata mereka, MATLAMAT TIDAK TERCAPAI. Tapi pada hakikatnya, secara semboliknya suara rakyat sudah didengari umum. Malah mereka sudah melihat dan mendengar akan  sesuatu SUARA yang harus diberi PERHATIAN.
Contoh terdekat, saya yang tidak pernah mendengar isu-isu POLITIK, bangkit untuk menilai semula kemana arah dan tuju politik Negara kita. Wujudlah kesedaran tentangnya KUASA MENGUNDI. Jika dulu apa ada dengan sehelai kertas undi…. Nak daftar mengundi pun macam linut
So anda di luar sana? Adakah masih dalam zaman kegelapan tanpa kesedaran atau mahukan suatu kebangkitan yang dipanggil minda RENAISSANCE.